
19 September 2026
Perkarangan Stadium Batu Kawan
Sebuah program berbentuk sukan riadah yang dicadangkan bagi menghimpunkan masyarakat di Pulau Pinang dan sekitarnya dalam suasana yang sihat serta inklusif dengan objektif utamanya untuk mendokong kempen KPDN iaitu galakan membeli barangan buatan lokal.
Program larian ini yang akan dianjurkan di sekitar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang mensasarkan jumlah penyertaan seramai 3000 orang dari anggota masyarakat yang berbilang kaum serta pelbagai lapisan umur. Selain menggunakan pendekatan yang strategik ini meluaskan informasi Dasar Pengguna Negara 2.0 kepada masyarakat, ia turut menjadi medium mesra yang lebih santai melalui acara yang popular serta ‘trending’ serta dekat dengan masyarakat.
Ia dijangka melibatkan kerjasama antara agency pihak berkuasa tempatan, pasukan keselamatan kerajaan, komuniti setempat dan pengusaha-pengusaha tempatan.

Fun Walk - 3KM
RM 25
Lebih mesra keluarga, golongan dewasa, Warga emas, pelajar serta peserta yang kurang sesuai menyertai larian 5km

Fun Run - 5KM
RM 35
Terbuka kepada peserta ang memburu platform larian -larian terbaru



Sertai Larian
